Petrol Price Rising Soon

I have this urge to express my sad and sigh feeling for our country and Petronas indirectly. As soon as the pilihanraya is over, the goverment will surely naik kan harga minyak again.

This time I heard probably 40 sen or 50 sen more seliter. That is a huge different. Sigh

Again, the oil per barrel used to be 50USD per barrel, and now around 100USD per barrel. Surely Petronas is making 2x the profit out of this. Why cant they use that RM Billions to help goverment to subsidised or whatever it is.

Apart from that, compared to UK or Europe countries, they price of oil there is so much EXPensive then here. If government raised 40 sen more, it will be 2.32 sen seliter soon. Now is Rm1.92. In Uk few years back, its around RM6.00 seliter okay. But their salary is off course triple triple of what we are receiving here. That is why they never complain at all.

It is like If I am the goverment of some country, I put the oil price at RM0.60 seliter, but monthly salary average RM100 only for everybody, walaupun minyak is damn cheap, still you all tak akan mampu.

Whats the logic of this?

~ oleh ampin di Februari 22, 2008.

33 Respons to “Petrol Price Rising Soon”

  1. Aku cadangkan , kerajaan hapuskan terus subsidi untuk minyak .

    Jadi kerajaan yang adil , sama rata untuk rakyat .

    Sempena pilihanraya ni , aku seru rakyat malaysia … jangan undi BN kalau tak nak harga minyak naik .

    Undilah PAS atau keADILan sebab hanya mereka yang mampu nak turunkan harga minyak walaupun seluruh dunia harga minyak melambung . Tak cukup minyak terengganu … minyak kelantan pun ada . Kita ada petronas yang mampu support harga minyak dalam negara . Kita mampu dapatkan harga minyak RM1 untuk seliter sebab petronas kita punya . Kalau nak FREE pun boleh , petronas kita punya .

    Apa salahnya , kalau kini kita untung 10 ringgit … lain kali kita untung 5 ringgit . Kita tetap untung , kata Anwar Ibrahim .

    Sebagai pengeluar minyak , kita patut dapat guna free je minyak tu .

    Lagi sekali … undilah PAS dan keADILan untuk harga minyak RM0.60 atau minyak FREE !

  2. klu minyak free tue mustahil la.klu rm1 tue okla.tp klu dh smpi rm2 lbh tue dh melampau.mmg terukla skrg.

  3. ada satu benda yg sedara2 tak paham. sebenarnya harga minyak kita ni mahal sikit sebab pak lah tak tau kita ni negara produce minyak. dia terlelap masa orang cerita bab tu. lagi satu, tolong jangan kacau dia tidur, nanti kalau dia terbangun dia naikkan harga minyak lagi, baru padan muka kita..jgn risau, pejuang2 umno/BN akan pastikan tradisi membela rakyat akan diteruskan dgn slogan baru untuk pru12 kali ni – “temberang,temberang,temberang”.
    tapi harap jgn sebarkan sebab berita ni belum disahkan oleh NST.

  4. ada satu benda yg sedara2 tak paham. sebenarnya harga minyak kita ni mahal sikit sebab pak lah tak tau kita ni negara produce minyak. dia terlelap masa orang cerita bab tu. lagi satu, tolong jangan kacau dia tidur, nanti kalau dia terbangun dia naikkan harga minyak lagi, baru padan muka kita..jgn risau, pejuang2 umno/BN akan pastikan tradisi membela rakyat akan diteruskan dgn slogan baru untuk pru12 kali ni – “temberang,temberang,temberang”.
    tapi harap jgn sebarkan sebab berita ni belum disahkan oleh NST.

  5. Minyak kat negara kita ni paling mahal tau tak . Sebabnya kerajaan bagi subsidi . Kerajaan sepatutnya adil n telus . Cuba buat macam kerajaan negara lain , jangan bagi subsidi untuk minyak . RM1.92 tu mahal sangat . Tanpa subsidi , harga minyak akan jadi RM3.70 .

    Biarkan dan kekalkan harga tu … takyah lama , 6 bulan je cukup . Masa tu , harga minyak kat negara kita akan jadi yang paling murah di dunia sbb kat negara lain , harga minyak tanpa subsidi pun dah cecah RM4.20 .

    Hapuskan subsidi minyak segera . Jangan lupa , subsidi tol juga perlu dihapuskan . Negara lain takde konsep subsidi ni . Negara kita je . Sebab tu rakyat jadi buta n bodoh , tak tahu menilai … mana yang mahal .. mana yang murah , semuanya sebab subsidi .

    HAPUSKAN SUBSIDI MINYAK n TOL .

  6. Hm. Tidak ada apa lagi yang saya nak tambah. Semuanya sudah terjawab. ;)

  7. Kalau petrol naik harga gsji saya yang rm 3 ribu pun tak cukup nak tampung kos sara hidup harian saya sekeluarga. Kenapa kerajaan begitu kejam kepada rakyat nya? Apa kah moron di atas sana buat kerja, cakap tak serupa bikin? PM dan moron-moron nya mungkin tak terasa kerana gaji mereka besar. Mereka pun tak keluar sesen pun nak bayar itu ini. Semuanya ada macai-macai yang bayar untuk mereka. Kalau tak percaya tanyalah YB-YB yang bertanding sekarang di mana mereka dapat duit untuk melabur dari satu bilik gerakan ke satu bilik gerakan. Malam tadi bilik gerakan saya terima rm 2 ribu dari Calon BN. Ini tentu ada macai main belakang tabir yang pam masuk rm 2 ribu.

  8. hilang akal kalu minyak naik herga. Bior orang tua yang karat merasa ape yang depa nak… Nak harga minyak tu naik. opps… pangkah je lah …

  9. for me it’s okay.. for my friends i don’t know.

    hehehee

  10. cuma 1 cara, tingkatkan ekonomi kita supaya RM1=USD1.50 atau kurang. so kemudian harga minyak tentu masa tu akan murah. semua akan tersenyum lebar. siap mandi minyak pon ade. masa tu gov jgn plk bagi alasan yg tak masuk akal. utk govt kite, tengoklaa USA tu petrol bape sen jee duit dioarang. peniaga pulak jgn lupa turunkan harga barang2 terutama mamak.. roti canai PAT kupang cukup lee sebijik!!! beniaga cari makan elok2 kat mesia, jangan asyik ingat nak bawak duit balik india jer. gov pulak jgn takut terketar2 nak ambik tindakan kat depa nie.. sebab depa2 nie laa kepercayaan rakyat kepada gov merosot.. kalau kalah next election lagi jgn mununding jari masing2… chio..

  11. Dengar hari nie minyak naik lagi… iseyyyy

  12. Harga petrol turun 15 sen, diesel 8 sen
    22/08/2008 5:28pm

    PUTRAJAYA 22 Ogos – Harga runcit petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.55 seliter manakala harga runcit diesel sebanyak 8 sen kepada RM2.50 seliter mulai esok, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya hari ini. – Bernama

    CISSSSS PAKLAH.. TURUN SKET JER..
    3 BIJIK CEKELAT HACKS JER..

  13. kerajaan kata bila dah turunkan harga minyak hari tu, kerajaan dapat jimatkan hmpir satu bilion setahun. tapi malangnya, bukan ke petronas ada bagi 1 bilion dana khas utk kerajaan pertengahan tahun br2 ni. jd,ape salahnya kerajaan guna duit tu utk tanggung subsidi rakyat utk tahun ni.. jd kerajaan sgt la xpndai…

  14. KUALA LUMPUR 24 Sept. – Kerajaan mengumumkan harga runcit petrol RON97 dan 92 dikurangkan sebanyak 10 sen iaitu daripada RM2.55 kepada RM2.45 seliter dan RM2.50 kepada RM2.40 seliter, berkuat kuasa mulai esok.

    CEH CEH CEH..

  15. Minyak turun lagi

    Oleh HAMDEN RAMLI

    PUTRAJAYA 14 Okt. – Kerajaan menurunkan lagi harga bahan api sebanyak 15 sen bagi petrol dan 20 sen bagi diesel, iaitu penurunan kali ketiga dalam tempoh tidak sampai tiga bulan.

    Dengan penurunan harga minyak hari ini, bermakna dalam tempoh tidak sampai tiga bulan kerajaan telah menurunkan harga petrol sebanyak 40 sen seliter berbanding harga RM2.70 seliter pada Jun lalu.

    Dalam tempoh yang sama, harga diesel pula telah mengalami penurunan 38 sen berbanding RM2.58 sen seliter ketika harga minyak dinaikkan Jun lalu.

    Dalam satu langkah untuk mengurangkan beban rakyat dan menyelaraskan harga bahan api di Malaysia dengan penurunan harga minyak di pasaran dunia, kerajaan mengumumkan harga baru petrol dan diesel itu akan berkuat kuasa esok.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan berkata, mulai esok harga runcit petrol RON97 dikurangkan 15 sen iaitu daripada RM2.45 seliter kepada RM2.30 seliter.

    Harga diesel diturunkan sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 seliter kepada RM2.20 seliter manakala pada masa sama, harga petrol RON92 pula dikurangkan sebanyak 10 sen seliter daripada RM2.30 seliter kepada RM2.20 seliter.

    Abdullah berkata, kerajaan membuat keputusan mempercepatkan pengurangan harga runcit bahan api berikutan harga minyak dunia telah menurun dengan ketara akhir-akhir ini.

    “Penurunan itu juga bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera,” kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Harga minyak di pasaran dunia kini berlegar sekitar AS$77 dan AS$80 setong berbanding hampir AS$140 setong pada Mei lalu.

    Perdana Menteri berkata, harga baru petrol dan diesel itu merupakan pelarasan harga ketiga dilakukan sejak kerajaan menaikkan harga minyak buat pertama kalinya pada pertengahan tahun ini.

    Ketika itu harga petrol ditetapkan pada RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

    Selari dengan penurunan harga minyak mentah dunia, kerajaan membuat pelarasan pertama pada 23 Ogos lalu menyaksikan pengurangan harga sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55.

    Bulan lalu, kerajaan menurunkan lagi harga petrol sebanyak 10 sen menjadikan harga runcit petrol RM2.45.

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad baru- baru ini berkata, kerajaan mungkin dapat menurunkan harga petrol ke paras RM1.92 seliter jika harga minyak di pasaran dunia jatuh di bawah paras AS$72 setong.

  16. CAKAP TAK SERUPA BIKIN???..
    ————————————-
    Dijangka tak melebihi 15-20 sen elak pengusaha rugi

    PEKAN: Kerajaan akan menurunkan lagi harga minyak akhir bulan ini tetapi tidak akan melebihi 15 sen bagi petrol dan 20 sen bagi diesel berikutan penurunan harga minyak dunia ketika ini yang sehingga kelmarin turun kepada AS$62 (RM221.34) setong.

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, berkata penurunan sebanyak itu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kerugian mendadak khasnya di kalangan pengusaha stesen minyak.

    “Kita tak mahu penurunan harga yang tinggi hingga menjejaskan pengusaha stesen minyak di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Minggu Kesedaran Kewangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini, semalam.

    Katanya, harga petrol dan diesel akan dikurangkan secara berperingkat sehingga ke paras harga yang berpatutan kepada pengguna.

    Sementara itu, di KUANTAN, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan bermesyuarat pada waktu terdekat untuk membuat keputusan mengenai harga minyak itu.

    Datuk Seri Najib Razak
    “Langkah itu selaras janji kerajaan yang akan menurunkan harga minyak supaya ia melambangkan harga sebenar pasaran minyak dunia.

    “Kabinet sudah memberi mandat kepada Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri untuk membuat keputusan dan ini bermakna, jika harga minyak dunia semakin menurun, maka harga minyak tempatan juga akan melambangkan penurunan harga itu,” katanya.

    Ketika ditanya sama ada harga petrol dan diesel akan diturunkan ke paras bawah RM2, Najib sambil ketawa berkata: “Tunggu dululah (pengumuman harga baru itu). Setakat ini, kita tidak boleh beritahu bila ia akan turun tetapi akan berlaku dalam masa terdekat ini.

    “Mungkin hujung bulan ini tetapi tertakluk kepada bila mesyuarat Majlis Ekonomi itu dan tunggulah berapa harga yang akan diturunkan kelak,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 180 bakal haji Parlimen Pekan, di kediamannya di sini, semalam.

    Harga minyak dipam turun tiga kali sejak Ogos lalu iaitu pada 23 Ogos, 24 September dan kali terakhir 15 Oktober. Harga petrol Ron97 turun dari RM2.70 seliter kepada RM2.55, RM2.45 dan RM2.30 manakala petrol Ron92 dari RM2.62 seliter kepada RM2.40, RM2.30 dan RM2.20. Diesel pula turun dari RM2.58 seliter kepada RM2.50, RM2.40 dan RM2.20.

    Tiga bulan lalu harga minyak adalah AS$147 setong berikutan kelembapan ekonomi global yang menyebabkan permintaan terhadap sumber tenaga semakin berkurangan.

    Ditanya mengenai trend penurunan harga petrol dan diesel ini dilihat tidak menjurus kepada penurunan harga barang, Najib berkata, kerajaan sedang mengambil beberapa langkah untuk mengatasi perkara itu.

    Beliau berkata, setakat ini, sudah ada pengeluar bersetuju menurunkan harga beberapa barangan atau produk yang akan diumumkan dalam tempoh sehari dua ini.

    Ketika berucap, Najib berkata, kerajaan akan terus menjana pembangunan hingga ke luar bandar walaupun menghadapi banyak cabaran akibat krisis kewangan dunia yang berlaku sekarang.

    Beliau berkata, Malaysia mampu bertahan walaupun keadaan semakin tidak menentu, malah yakin mencatat pertumbuhan ekonomi lima peratus pada tahun ini.

    “Malah, mengikut perkiraan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), kita boleh mencapai pertumbuhan ekonomi 4.8 peratus tahun depan tetapi kita akan kaji semula unjuran itu.

    “Jadi, saya akan memberi beberapa langkah lebih terperinci berhubung usaha mengelakkan negara daripada terjerumus dalam kemelesetan ekonomi pada penggulungan hujah di Parlimen, 4 November ini.

    “Selain itu, rakyat juga digesa berbelanja secara berhemah dan memanfaatkan setiap ringgit yang ada sebaik-baiknya,” katanya.

    SUMBER: BHARIAN ONLINE

  17. MUTAKHIR Harga minyak dibincang esok: Shahrir

    KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada harga minyak akan diturunkan buat kali keempat akan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet esok, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

    “Sebarang penurunan harga minyak akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sekiranya mendapat persetujuan Jemaah Menteri yang bermesyuarat esok.

    “Perkara ini perlu dibincang terlebih dahulu dan keputusan ini perlu melibatkan empat menteri iaitu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), Menteri Kewangan II (Tan Sri Nor Mohamed Yakcop) dan saya.

    “Jadi saya tidak tahu apa keputusannya. Memang kerajaan berhasrat menurunkan harga minyak. Tetapi ia (umum) mungkin esok, lusa atau dua minggu lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Penurunan Harga Barang oleh pasar raya Tesco di sini, hari ini.

    Kali terakhir kerajaan menurunkan harga minyak 15 Oktober lalu dengan harga petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 sen seliter sementara harga petrol RON92 diturunkan 10 sen menjadi RM2.20 manakala diesel turun 20 sen kepada RM2.20.

    Pada 4 Jun lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen atau kira-kira 41 peratus, kepada RM2.70 seliter daripada RM1.92 seliter, berikutan lonjakan harga minyak mentah dunia ketika itu.

    Mengenai andaian bahawa harga minyak akan turun mulai esok, Shahrir berkata beliau tidak mengetahui perkara itu. – Bernama

    SUMBER: BHARIAN ONLINE

  18. Harga petrol turun lagi 15 sen
    31/10/2008 5:36pm

    KUALA LUMPUR 31 Okt. – Kerajaan menurunkan lagi harga runcit petrol dan diesel sebanyak 15 sen berkuat kuasa 1 November ini.

    Dengan penurunan itu, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 kepada RM2.15 dan RON92 dari RM2.20 kepada RM2.05.

    Harga Diesel pula dikurangkan daripada RM2.20 kepada RM2.05.

    Ini merupakan penurunan harga bahan api yang keempat dalam tempoh lebih dua bulan.

    - Utusan

  19. Harga minyak mungkin turun lagi pertengahan bulan
    09/11/2008 7:03pm

    JOHOR BHARU 9 Nov. — Selepas turun sebanyak 15 sen pada awal bulan ini, harga minyak dijangka turun lagi pada pertengahan bulan ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

    Ini berikutan harga purata minyak yang berada di paras US$70 setong pada masa ini, katanya.

    “Pada bulan Oktober lalu harga minyak berada di paras antara US$74-US$77 dan menurun kepada US$70 semasa lapan hari terakhir bulan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Tokoh Murid di Sekolah Kebangsaan Tebrau, Bakar Batu di sini hari ini.

    Majlis anjuran Malaysian Resources Corporation Berhad di bawah Program Pemimpin Muda merupakan satu program tanggungjawab sosial korporat syarikat tersebut.

    Shahrir berkata, harga niaga hadapan minyak iaitu pada bulan Disember juga menunjukkan ia akan berada pada paras di bawah US$70.

    Trend harga minyak yang menurun itu, katanya, akan membolehkan harga minyak di pam-pam stesen minyak dikurangkan lagi pada harga yang berpatutan.

    Awal bulan ini, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 seliter kepada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter dan diesel dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

    Ia merupakan kali keempat kerajaan menurunkan harga minyak selepas 23 Ogos, 24 Sept dan 15 Okt.

    Sebelum ini, harga petrol RON97 turun dari RM2.70 seliter kepada RM2.55, RM2.45 dan RM2.30 manakala petrol RON92 dari RM2.62 seliter kepada RM2.40, RM2.30 dan RM2.20.

    Diesel pula turun dari RM2.58 seliter kepada RM2.50, RM2.40 dan RM2.20.

    Mengenai kenaikan harga minyak pesawat ringan, Shahrir berkata ia bukan bahan yang dikawal oleh kerajaan.

    Katanya, kenaikan harga minyak tersebut dari RM6.20 kepada RM9.53 seliter di Kuala Lumpur dan RM9.80 seliter di Langkawi adalah berikutan kekurangan bekalan bahan itu.

    Harga minyak yang diimport dari Amerika Syarikat, Australia dan Thailand itu ditentukan oleh penjualnya.

    Kenaikan itu, katanya, adalah sementara dan dijangka kembali normal tidak lama lagi.

    Katanya, kerajaan akan melihat kemungkinan membuka penjualan minyak ini kepada pihak lain selain Petronas.

    Beberapa sekolah penerbangan dan pemilik pesawat ringan peribadi dilaporkan merungut berikutan kenaikan harga minyak itu yang jauh berbeza dengan harga yang dijual di negara jiran Singapura pada S$2.61 (RM6) seliter.

    — BERNAMA

  20. Kerajaan kaji tetapkan paras minimum petrol
    11/11/2008 3:54pm

    PUTRAJAYA 11 Nov. — Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk menetapkan paras minimum bagi harga runcit petrol dan diesel di pasaran tempatan, walaupun harga minyak mentah di pasaran dunia masih menunjukkan trend penurunan.

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, melalui cara tersebut, kerajaan mungkin dapat menjimatkan perbelanjaan subsidi dan seterusnya membolehkan wang tersebut digunakan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

    Katanya, jangkaan perbelanjaan bagi pemberian rebat minyak yang dijangka mencecah RM5 bilion, dan subsidi 30 sen bagi setiap liter petrol yang dijangka berjumlah RM18 bilion, merupakan beban yang besar untuk negara.

    “(Keputusan) itu terpulang pada mesyuarat Exco Majlis Ekonomi yang diadakan setiap minggu dan kita akan bincangkan dari segi asasnya di mana kita akan berhenti (untuk menurunkan harga),” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenainya, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

    Bagaimanapun, Shahrir enggan mengulas bila paras minimum itu akan dilaksanakan dan berapa harga yang akan ditetapkan.

    UTUSAN

  21. biler minyak melonjak hari tu kenapa Kerajaan Malaysia kita tak tetapkan paras maksimum petrol pulak.. confuse dgn kerajaan Malaysia laa..

  22. Harga petrol wajar bawah RM1.62 seliter
    KUALA LUMPUR – Kerajaan wajar menurunkan harga minyak petrol ke paras RM1.62 seliter berikutan trend penurunan harga minyak dunia semasa yang kini berada pada paras AS$64.10 setong.

    Harga itu berdasarkan jangkaan Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Abdul Rahim Anuar ketika diminta mengulas kewajaran paras harga petrol semasa jika mengikut pasaran minyak global terkini.

    Namun kata Abdul Rahim, beliau yakin kerajaan mampu untuk menurunkan harga minyak pada paras yang lebih rendah..

    Menurut beliau, ia tidak mustahil untuk dilaksanakan kerana ketika harga minyak petrol dijual pada harga RM1.92 seliter sebelum ini, harga minyak di pasaran dunia adalah sekitar AS$78 setong.

    “Jika diikutkan, kerajaan mampu turunkan harga petrol lebih rendah daripada RM1.92 seliter kerana harga minyak di pasaran dunia dijangka turun lagi,’’ katanya.

    KOSMO

  23. Minyak menjunam AS$59 setong, terendah dalam 20 bulan

    SINGAPURA: Harga minyak menjuman kepada AS$59 setong di pasaran Asia hari ini, paras terendah dalam tempoh 20 bulan berikutan prospek kelembaban ekonomi yang berlanjutan tahun depan.

    Harga minyak ‘Light, sweet crude’ pada Disember menurun 31 sen kepada AS$59.02 setong, dengan kadar terendah sehingga AS$58.55 setong dalam dagangan New York Mercantile Exchange, di Singapura pada pertengahan sesi dagangan hari ini. – AP

    -Bharian-

  24. Harga Petrol RON 97, RON92 dan diesel dikurangkan sebanyak 15 sen seliter masing-masingberkuatkuasa mulai esok 18 November.

    harga baru Petrol RON97 ialah RM2.00 seliter daripada RM2.15, Petrol RON92 ialah RM1.90 daripada RM2.05 manakala diesel RM1.90 daripada RM2.05.

    UTUSAN

  25. Harga lantai petrol, diesel
    Oleh Efindi Badarudin

    KUALA LUMPUR: Harga lantai bagi petrol dan diesel akan diperkenalkan kerajaan bertujuan menetapkan had minumum harga bahan bakar itu berikutan penurunan harga pasaran minyak mentah global.
    Bagaimanapun harga lantai itu dijangka lebih murah dan kadarnya di bawah paras harga sebelum penstrukturan semula bahan api pada Jun lalu.
    Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad (gambar), berkata bagaimanapun kerajaan masih mempunyai dua pilihan sama ada mahu menetapkan harga lantai atau melakukan pelarasan harga bahan api itu seperti dilaksanakan pada masa ini.
    Menurutnya, sebelum ini kerajaan melakukan penstrukturan semula harga bahan api itu pada Jun lalu dengan menetapkan harga siling untuk bahan berkenaan.
    “Pada masa ini harganya sudah turun jadi kita perlu untuk menetapkan harga lantai supaya semua pihak termasuk syarikat pengeluar, pengusaha dan orang ramai mendapat keuntungan,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen, semalam.
    Shahrir berkata, sehubungan itu Majlis Ekonomi Negara yang dijangka bermesyuarat tidak lama lagi akan membincangkan mengenai perkara itu.
    “Perbincangan itu perlu kerana ia mengambil kira pelbagai aspek untuk menentukan dasar kerajaan,” katanya.
    Beliau berkata, penetapan harga lantai perlu kerana ia membabitkan impilikasi kewangan pendapatan negara bagi memastikan jumlah subsidi dapat dikurangkan untuk disalurkan kepada perbelanjaan lain bagi kemudahan awam.
    “Tahun ini kerajaan sudah belanja kira-kira RM15.5 bilion untuk tampung subsidi petroleum yang dibayar kepada syarikat minyak supaya rakyat tidak menghadapi kesusahan ketika kenaikan harga berkenaan,” katanya.

    HARIAN METRO

  26. Kerajaan akan putuskan penurunan harga petrol bulan depan

    KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memutuskan sama ada menurunkan lagi harga petrol semasa mesyuarat Majlis Ekonomi Negara pada 1 Disember ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini.
    Beliau berkata terdapat kemungkinan harga petrol diturunkan lagi selepas mesyuarat itu dan isu utama yang akan dibincangkan ialah sama ada mengadakan harga apungan terurus atau harga lantai untuk petrol.
    “Pada masa ini, kita menyelaraskan harga setiap dua minggu mengikut harga pasaran,” katanya kepada pemberita di lobi Parliamen di sini.
    Beliau berkata sejak bulan ini, kerajaan menghentikan subsidi harga petrol di stesen minyak.
    “Harga petrol semasa pada RM2 seliter lebih tinggi berbanding harga pasaran,” katanya.
    Shahrir berkata pada Ogos, September dan Oktober, harga runcit petrol di pam di stesen minyak lebih rendah berbanding harga pasaran.
    “Pada Ogos, harga petrol di pam pada RM2.55 seliter manakala harga pasaran pada RM2.83. Pada September, harga petrol di pam pada RM2.45 seliter manakala harga pasaran RM2.77 dan Oktober, harga petrol di pam pada RM2.15 seliter manakala harga pasaran RM2.26,” katanya.
    Mengenai pengusaha stesen minyak, Shahrir berkata antara syaratnya ialah mereka perlu warga negara Malaysia.
    Bagi kawalan harga barangan, beliau berkata kerajaan mempunyai kuasa untuk mengawal harga melalui pengeluaran lesen kepada pembekal. – Bernama

    BHARIAN

  27. Harga minyak RM1.85?

    KUALA LUMPUR – Kerajaan mungkin menurunkan sekali lagi harga minyak sebanyak 15 sen, untuk kali keenam berturut-turut, awal bulan depan.
    Pada masa ini, harga minyak RON97 ialah RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing RM1.90.
    Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, penurunan itu kini dilihat wajar memandangkan minyak dunia kini didagangkan di bawah paras AS$60 setong.
    “Saya fikir harga turun lagi. Perbincangan sedang dibuat dengan pelbagai pihak termasuk pengusaha pam minyak.
    “Mereka minta jika berlaku penurunan kerajaan perlu menurunkan hanya 10 sen bagi mengelak mereka terpaksa menanggung kerugian 3 sen bagi setiap liter tetapi kerajaan berpendapat 10 sen terlalu rendah,” katanya di lobi Parlimen semalam.

    KOSMO

  28. Harga petrol, diesel turun lagi 10 sen
    02/12/2008 5:30pm

    KUALA LUMPUR 2 Dis. – Harga runcit petrol dan diesel turun sebanyak 10 sen seliter berkuat kuasa esok.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkannya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Petrol RON97 dikurangkan daripada RM2 seliter kepada RM1.90 seliter, petrol RON92 pula dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter manakala diesel dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter. – Utusan.

    utusan malaysia

  29. Harga minyak menjunam bawah AS$48 setong

    SINGAPURA: Harga minyak mencatatkan harga terendahnya dalam masa tiga tahun iaitu bawah AS$48 setong hari ini di pasaran Asia.

    Ini berikutan keresahan mengenai kedudukan ekonomi Amerika Syarikat (AS) serta pasaran haram yang terus merosot sehingga membawa kesan terhadap permintaan minyak mentah.

    Minyak ‘Light, sweet crude’ bagi penghantaran Januari turun AS$1.50 kepada AS$47.78 setong, terendah sejak 2005 dalam dagangan elektonik New York Mercantile Exchange pada sesi petang di Singapura. – Bernama

    B.harian

  30. Minyak jatuh bawah AS$44 setong

    SINGAPURA: Harga minyak di Asia menjunam lagi, terendah dalam masa empat tahun apabila mencatat bawah AS$44 setong hari ini.

    Pada sesi dagangan petang di Kontrak Hadapan New York, harga minyak ‘light sweet crude’ bagi penghantaran Januari naik 39 sen kepada AS$44.06 setong – selepas paras terendah AS$43.39.

    Paras itu adalah terendah sejak Januari 2005.

    Niaga minyak mentah Brent North Sea bagi Januari pula meningkat 33 sen kepada AS$42.61 setong, tinggi sedikit pada dagangan pagi iaitu AS$42.13. – AFP

    Bharian Online

  31. Harga petrol dijangka turun lagi dalam masa terdekat – Shahrir
    14/12/2008 7:08pm

    PULAU PINANG 14 Dis. — Harga runcit petrol dan diesel di negara ini dijangka turun lagi dalam masa terdekat selaras dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran global, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

    Beliau berkata pada masa ini terdapat ruang untuk menurunkan harga itu dan kerajaan selalunya mengadakan semakan terhadap harga bahan api itu pada awal atau pertengahan bulan sebelum membuat sebarang pengumuman.

    “Insya-Allah ada ruang untuk turunkan lagi harga itu dalam masa terdekat.

    Maknanya sekarang dah dekat nak sampai (masa) kepada penurunan harga itu,” katanya ketika melancarkan kempen Penurunan Harga oleh Pasaraya Sunshine di Bayan Baru, di sini.

    - Bernama

    Utusan Online

  32. Minyak turun lagi 10 sen.
    15/12/2008 5:19pm

    KUALA LUMPUR 15 Dis. – Kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen lagi berkuatkuasa esok.

    Dengan pengumuman terbaru ini petrol RON97 dikurangkan daripada RM1.90 kepada RM1.80. Petrol RON92 pula turun dari RM1.80 kepada RM1.70 dan Diesel juga turun dari RM1.80 ke RM1.70. – Utusan

    Utusan Online

  33. Minyak serendah AS$25 setong

    Oleh AINUL ASNIERA AHSAN

    KUALA LUMPUR 21 Dis. – Harga minyak dunia dijangka terus merudum dan diramal boleh mencecah serendah AS$25 (RM86.50) setong pada tahun depan berikutan permintaan yang sangat lemah, terutama di kalangan negara-negara industri dunia.

    Kejatuhan permintaan minyak dari negara-negara itu dipercayai pertama kali berlaku selepas tahun 1980an.

    Ketua Penyelidik Jupiter Securities Sdn. Bhd., Pong Teng Siew yakin kejatuhan permintaan bagi komoditi itu akan berterusan memandangkan tiada tanda-tanda krisis ekonomi akan pulih.

    ”Berdasarkan situasi semasa, kedudukan harga minyak sekarang merupakan tindak balas kepada kemelesetan ekonomi global.

    ”Saya berpendapat harga minyak memang tidak boleh meningkat dalam tempoh singkat memandangkan pasaran menjangkakan OPEC akan terus mengurangkan jumlah pengeluaran sehingga harga minyak kembali stabil,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini.

    Rabu lalu, OPEC sebulat suara bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyaknya sebanyak 2.2 juta tong sehari atau kira-kira tujuh peratus daripada kuota kartel mulai Januari untuk mengelakkan harga komoditi itu terus susut.

    Pengurangan itu dipercayai yang terbesar pernah dilakukan oleh OPEC, yang mengeluarkan 40 peratus keperluan minyak mentah dunia.

    Malah, harga minyak mentah bagi penghantaran Januari dan Februari masih kekal rendah di bawah AS$40 (RM138.40) setong.

    Harga emas hitam itu pernah mencatatkan rekod tertinggi iaitu AS$147 (RM508.62) setong pada Julai lalu.

    OPEC dijadual mengadakan satu lagi perjumpaan pada 19 Januari ini untuk membincangkan pengurangan pengeluaran sekiranya harga minyak terus jatuh.

    Mengulas lanjut, Teng Siew berkata, kejatuhan minyak dunia sekarang memang sesuatu yang di luar jangkaan dan sukar untuk meramalkan bila ia akan naik semula.

    ”Kejatuhan minyak tahun ini memang dianggap ‘gila’ kerana tidak sesiapa pun yang menyangka ia boleh jatuh ke tahap sekarang. Ini adalah kejatuhan dalam sejarah industri minyak,” ujarnya.

    Beliau tidak menafikan spekulasi hebat terhadap harga komoditi itu merupakan penyumbang terbesar terhadap kejatuhan harga komoditi tersebut.

    Bagaimanapun, beliau percaya, harga minyak dijangka meningkat sedikit menjelang akhir tahun depan.

    Dalam pada itu, Teng Siew berkata, meskipun harga minyak dunia jatuh namun adalah tidak praktikal sekiranya harga minyak di negara ini terus diturunkan.

    ”Kejatuhan harga minyak dunia tidak boleh dibandingkan dengan harga minyak di pasaran tempatan,” ujarnya.

    Beliau menyifatkan, harga baru bagi minyak sekarang adalah ‘cukup bersesuaian’ dan tidak perlu diturunkan lagi walaupun sekiranya harga minyak mentah dunia terus menjunam.

    Jelas beliau, tindakan kerap menurunkan harga minyak tidak akan memberi kebaikan kepada pengguna pada masa depan.

    ”Kita perlu ingat Petronas akan menjadi pengeksport minyak mentah dalam tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan rakyat Malaysia tidak selama-lamanya bergantung pada subsidi.

    ”Selain itu, kerajaan juga perlu mendidik rakyat agar tidak menggunakan banyak minyak,” katanya.

    Utusan Online

Tinggalkan jawapan