Nisfu Syaban 2007

I almost forgot. Sigh. This is the problem when you are too busy with the duniawi. Today is Nisfu Syaban whereas there is a doa that you can recite and read Yasin 3 times. The explaination is as follows:

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.

Doa Malam Nisfu Syaaban

Ertinya : Allahumma Ya Allah Ya Tuhan yang empunya kurniaan, dan tiada siapa mengurniakan kepada-Nya, ya Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran, ya Tuhan yang empunya kurniaan, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya dalam wujud ini melainkan Tuhan hamba sahaja, tempat sandaran hamba-hamba Tuhan yang memohon perlindungan, dan tempat perlindungan hamba-hamba Tuhan, yang mohon keselamatan, dan tempat keselamatan hamba-hamba Tuhan yang di dalam ketakutan. Kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz, akan seorang yang celaka, maka hamba mohon akan hapuskan daripada hamba nama kecelakaan itu, dan mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba akan seorang yang berbahagia. Dan kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz akan seorang yang ditegah dari kebajikan, dan seorang yang disempitkan rezeki hamba, maka hamba mohon hapuskan tegahan itu daripada hamba, dan mudahkan rezeki hamba, dan hamba mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba, akan seorang yang berbahagia dan seorang yang ditaufikkan dengan kebajikan kerana bahawasanya Tuhan hamba telah berfirman dalam kitab yang telah Tuhan hamba turunkan (Al Quran) maksudnya : “Allah Taala menghapuskan apa yang Dia hendak hapuskan, dan Dia tetapkan apa yang Dia hendak tetapkan dalam suatu kitab dan di sisinya Loh Mahfudz.”

~ oleh ampin di Ogos 26, 2007.

9 Respons to “Nisfu Syaban 2007”

  1. Alhamdulillah.. :)

  2. I just got an email from a friend
    saying that today is Nisfu Syaban Isnin malam Selasa

    So hey at least I know I did not miss it yet eh
    So off we go to masjid today
    Dont forget your yasin btw

    IMPORTANT:
    Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

  3. alhamdulillah…tinggal lagi 2 minggu kita akan menyambut ramadhan al mubarak..insyaallah…selama setahun yang lalu bermacam macam yang telah kita lakukan…mudah2an DIA akan menampunkan dosa kita selami ini…maklumlah sebagai manusia kita tak lari dari salah dan silap…

  4. it’s really helpful reading your post as i’m posting this message from united states of america.i’m a malaysian student here in vanderbilt university.

  5. im glad this post is useful

  6. [...] the Olympic in Beijing. But dont forget that today is the Nisfu Syabaan my readers. Refer to this post for more [...]

  7. jum malam ni kite bersama idupkan malam nifsu syaaban…

  8. jum meriahkn masjid sempena nifsu syaaban ini……bertaubatlah bagi mereka yg lalai….

  9. Allhamdulillah..
    saya bersyukur kerana dapat melaksanakan amalan ni pada tahun ini

Tinggalkan jawapan